Posts

VITAMIN C

Image
Aku memang sejenis yang cepat sakit. Cepat selesema. Sebab tonsil aku ni bengkak dan besar. Tapi nak bedah buang tonsil, doktor tak bagi haha! Tapi tu lah, aku kalau cuaca tersejuk sikit ke, terpanas sikit ke mula la nak demam selesema berhari-hari. Jadi doktor cadangkan aku ambik supplements, terutama vitamin C. Aku selalu ambil Vitamin C jenama ni. Tapi aku tak pasti apa beza jenama ni dengan jenama lain hehe. Harga la kot! Kalau vitamin C jenama guardian tu dalam RM20.++ dah boleh dapat. Tapi aku perasan, muka aku susah tumbuh jerawat dan dalam sebulan tu susah nak demam selesema. Aku ni selang 2 minggu mesti demam tahu tak. Jadi kalau dah beberapa bulan tak sakit tu, besar rahmat sangat la :)

RESIPI ACAI BOWL

Image
Acai bowl ni selalu aku nampak orang makan. Orang yang diet dan workout la selalunya. Disebabkan warnanya yang menarik, vibrant dan nampak sedap, aku pun teringin sangat nak makan! Tapi kalau beli dekat kedai mahal tau...satu mangkuk tu boleh kos RM15 keatas! Jadi aku pun buat sendiri acai bowl tu hehe. Ni memang sedap! Tapi harga pun sedap juga la. Tengok la bahan-bahan tu ada buah tin, blueberry, pisang, walnut dan macam-macam lagi. Untuk 'base' acai bowl, aku gunakan frozen yogurt atau mana-mana yogurt yang low fat. Memang aku suka sangat yogurt mixed berries, sebab dalam tu ada blueberry dan strawberry. Lepastu, silakan potong buah-buahan pilihan anda! Selalu aku potong mangga, pisang, buah naga, avocado dan kiwi. Sebab aku rasa buah-buah ni setiap supermarket mesti ada. Kemudian, aku akan masukkan granola. Serius kenyang makan granola ni.  Lepas dah masukkan granola, hiaskan acai bowl anda menggunakan buah-buahan yang dah dipotong tadi. SIAP! ...

PERJALANAN

Image
Aku tinggal dekat Damansara. Aku ke UKM menggunakan pengangkutan awam.  Jimat? YA Penat? YA Kedua-dua kelas aku padah hari Sabtu dan Ahad bermula pada jam 9.00 pagi. Maknanya, aku kena sampai dekat stesen MRT Mutiara Damansara sebelum 7.15 pagi sebab aku nak naik MRT  7.15 pagi ke KL Sentral. Sebenarnya boleh naik MRT dekat Sg Buloh, tapi JAUH. Perjalanan dari Sg Buloh ke Mutiara Damansara dalam 30minit, jadi takkan aku nak bangun pukul 5 pagi?? Anyway, tambang ke KL Sentral menaiki MRT ialah RM3.40. Kalau ada kad pelajar dapatlah diskaun 50%. Jadi dari KL Sentral, aku kena naik komuter ke stesen UKM pada jam 7.51 pagi. Sempatlah 5 minit dekat KL Sentral tu beli sarapan semua. Tambang ke stesen UKM pula RM4.++. Tak ingat. Pendek kata, aku akan spent less or more RM200 untuk 4x kelas di UKM.  Aku tak rasa membazir, cuma aku rasa penat.  Semua benda pun penat, jadi batu je la. Hehe. Semoga Allah melihat dan mengira segala kesusahanku in...

THE MOON SONG

Image
The Moon Song I'm lying on the moon My dear, I'll be there soon It's a quiet starry place Time's we're swallowed up in space We're here a million miles away There's things i wish i knew There's no things I'd keep from you It's a dark and shiny place But with you my dear I'm safe and we're million miles away We're lying on the moon It's perfect afternoon Your shadow follows me all day Making sure I'm okay and we're million miles away This song reminds me a lot of my Arwah Mak. I miss you so much Mak. I'm trying hard to live.. for you :)

KELAS APLIKASI KOMPUTER

Image
Dalam 5 subjek yang aku ambil semester ni, subjek ni yang aku rasa macam susah! Sebab carry marks 70%.. then the pressure is ON. Seriously, masa awal-awal masuk kelas aku rasa macam 'Ohh belajar Excel, Words, Powerpoint JE'. JE tu tak bagus. Mindset tu pun dah tak bagus! Bila masuk kelas pertama sahaja aku rasa sangat tak bijak. SERIUS LA BENDA YANG AKU ANGGAP SENANG RUPANYA SUSAH. Belajar Excel? Lagilah. Aku rasa macam 'Wow yakinnya tulis dalam resume pandai excel tapi bila dalam kelas ni aku rasa nak buang ''SKILLS= Excel'' tu daripada resume aku. Hahaha. Tapi, kelas ni la yang paling buat aku improved my computer skills. LATIHAN LATIHAN LATIHAN Walaupun takut nak masuk kelas ni, tapi bila mindset positif, rasa Allah mesti tolong untuk bukakan hati dan otak aku ni bagi senang serap ilmu. Okay bye!

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN, UKM

Image
UKM Satu universiti yang gah yang aku tak pernah expect pun akan diterima masuk belajar kat sini. Sebab waktu sekolah dulu, rumah aku memang tak jauh dari UiTM Merbok, Kedah. Bila lalu depan UiTM, arwah Mak mesti cakap 'Kakak nanti masuk U belajar dekat sini nahhhhh'. Doa seorang mak pun termakbul. Aku diterima masuk belajar di UiTM Merbok untuk diploma dan juga ijazah sarjana. Untuk ijazah sarjana tu, aku berhenti selepas beberapa semester kerana hal yang tidak dapat dielakkan dan bukan di dalam kawalanku. I'm sorry, Mak. Anyway, hajat arwah Mak nak tengok aku sambung belajar ambik ijazah hampir tercapai. Semuanya hasil dorongan mak mertuaku hehe. Terima kasih Mak sebab 'push' Lydia untuk sambung ijazah :D Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) ni tempat berlakunya semua sesi pembelajaran, bilik pensyarah, nak solat, kafe semua la ada dekat sini.                                     ...

RAISING HANDS WITH FULL FAITH

Image
Assalamualaikum wbt. It is a long time but I've been busy with work and health so yes finally I am back. Kali ini aku nak cerita pasal satu program yang aku ikut dekat MAHSA COLLEGE, beberapa bulan yang lepas. Memang dah pasang niat nak ikut kelas Ustazah Ayeesha Syahira ni pun,tapi masa selalu tak kena. Tapi Allah dah lorongkan satu hari dan waktu yang tepat untuk aku ikut kelas ni Alhamdulillah! Dalam kelas tu, aku belajar pasal "Apa itu Doa?", "Waktu mustajab doa", "Things to take note while Making Doa", dan paling aku tunggu sekali "How to Construct your Doa?". Ustazah Ayeesha Syahira ialah penulis buku "Being a Quran Tag Girl". Beliau ada buat seminar dan "private class" untuk sesiapa yang nak belajar cara buat tag dekat Al-Quran! During the sharing session Sempat minta Ustazah Ayeesha sign buku hehe Semoga kita semua menjadi umat Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai best friend dal...