FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN, UKM

UKM

Satu universiti yang gah yang aku tak pernah expect pun akan diterima masuk belajar kat sini. Sebab waktu sekolah dulu, rumah aku memang tak jauh dari UiTM Merbok, Kedah. Bila lalu depan UiTM, arwah Mak mesti cakap 'Kakak nanti masuk U belajar dekat sini nahhhhh'.

Doa seorang mak pun termakbul.

Aku diterima masuk belajar di UiTM Merbok untuk diploma dan juga ijazah sarjana. Untuk ijazah sarjana tu, aku berhenti selepas beberapa semester kerana hal yang tidak dapat dielakkan dan bukan di dalam kawalanku. I'm sorry, Mak.

Anyway, hajat arwah Mak nak tengok aku sambung belajar ambik ijazah hampir tercapai. Semuanya hasil dorongan mak mertuaku hehe. Terima kasih Mak sebab 'push' Lydia untuk sambung ijazah :D

Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) ni tempat berlakunya semua sesi pembelajaran, bilik pensyarah, nak solat, kafe semua la ada dekat sini.


                                       Ni la bangunan FEP, tempat semua sesi pembelajaran berlaku.



Sini laluan tingkat bawah FEP. Banyak kerusi meja. Bagi pelajar part-time macam
aku ni, sesuai sangat lah sebab dah banyak kali aku nampak pelajar part time bawa anak suami jadi mereka boleh tunggu kat situ :)



Surau FEP yang sejuk dan boleh buat tertidur kalau duduk lama sangat dalam ni.


Lif untuk naik ke tingkat atas.


Overall, not bad lah FEP ni. Cuma aku harap kebersihan tandas tu dapat dijaga. Ke sebab sabtu ahad tak ada orang untuk bersihkan tandas? 

Okay bye!

Comments

Popular posts from this blog

RESIPI ACAI BOWL

KELAS APLIKASI KOMPUTER