Posts

Showing posts from 2019

VITAMIN C

Image
Aku memang sejenis yang cepat sakit. Cepat selesema. Sebab tonsil aku ni bengkak dan besar. Tapi nak bedah buang tonsil, doktor tak bagi haha! Tapi tu lah, aku kalau cuaca tersejuk sikit ke, terpanas sikit ke mula la nak demam selesema berhari-hari. Jadi doktor cadangkan aku ambik supplements, terutama vitamin C. Aku selalu ambil Vitamin C jenama ni. Tapi aku tak pasti apa beza jenama ni dengan jenama lain hehe. Harga la kot! Kalau vitamin C jenama guardian tu dalam RM20.++ dah boleh dapat. Tapi aku perasan, muka aku susah tumbuh jerawat dan dalam sebulan tu susah nak demam selesema. Aku ni selang 2 minggu mesti demam tahu tak. Jadi kalau dah beberapa bulan tak sakit tu, besar rahmat sangat la :)

RESIPI ACAI BOWL

Image
Acai bowl ni selalu aku nampak orang makan. Orang yang diet dan workout la selalunya. Disebabkan warnanya yang menarik, vibrant dan nampak sedap, aku pun teringin sangat nak makan! Tapi kalau beli dekat kedai mahal tau...satu mangkuk tu boleh kos RM15 keatas! Jadi aku pun buat sendiri acai bowl tu hehe. Ni memang sedap! Tapi harga pun sedap juga la. Tengok la bahan-bahan tu ada buah tin, blueberry, pisang, walnut dan macam-macam lagi. Untuk 'base' acai bowl, aku gunakan frozen yogurt atau mana-mana yogurt yang low fat. Memang aku suka sangat yogurt mixed berries, sebab dalam tu ada blueberry dan strawberry. Lepastu, silakan potong buah-buahan pilihan anda! Selalu aku potong mangga, pisang, buah naga, avocado dan kiwi. Sebab aku rasa buah-buah ni setiap supermarket mesti ada. Kemudian, aku akan masukkan granola. Serius kenyang makan granola ni.  Lepas dah masukkan granola, hiaskan acai bowl anda menggunakan buah-buahan yang dah dipotong tadi. SIAP! ...

PERJALANAN

Image
Aku tinggal dekat Damansara. Aku ke UKM menggunakan pengangkutan awam.  Jimat? YA Penat? YA Kedua-dua kelas aku padah hari Sabtu dan Ahad bermula pada jam 9.00 pagi. Maknanya, aku kena sampai dekat stesen MRT Mutiara Damansara sebelum 7.15 pagi sebab aku nak naik MRT  7.15 pagi ke KL Sentral. Sebenarnya boleh naik MRT dekat Sg Buloh, tapi JAUH. Perjalanan dari Sg Buloh ke Mutiara Damansara dalam 30minit, jadi takkan aku nak bangun pukul 5 pagi?? Anyway, tambang ke KL Sentral menaiki MRT ialah RM3.40. Kalau ada kad pelajar dapatlah diskaun 50%. Jadi dari KL Sentral, aku kena naik komuter ke stesen UKM pada jam 7.51 pagi. Sempatlah 5 minit dekat KL Sentral tu beli sarapan semua. Tambang ke stesen UKM pula RM4.++. Tak ingat. Pendek kata, aku akan spent less or more RM200 untuk 4x kelas di UKM.  Aku tak rasa membazir, cuma aku rasa penat.  Semua benda pun penat, jadi batu je la. Hehe. Semoga Allah melihat dan mengira segala kesusahanku in...

THE MOON SONG

Image
The Moon Song I'm lying on the moon My dear, I'll be there soon It's a quiet starry place Time's we're swallowed up in space We're here a million miles away There's things i wish i knew There's no things I'd keep from you It's a dark and shiny place But with you my dear I'm safe and we're million miles away We're lying on the moon It's perfect afternoon Your shadow follows me all day Making sure I'm okay and we're million miles away This song reminds me a lot of my Arwah Mak. I miss you so much Mak. I'm trying hard to live.. for you :)

KELAS APLIKASI KOMPUTER

Image
Dalam 5 subjek yang aku ambil semester ni, subjek ni yang aku rasa macam susah! Sebab carry marks 70%.. then the pressure is ON. Seriously, masa awal-awal masuk kelas aku rasa macam 'Ohh belajar Excel, Words, Powerpoint JE'. JE tu tak bagus. Mindset tu pun dah tak bagus! Bila masuk kelas pertama sahaja aku rasa sangat tak bijak. SERIUS LA BENDA YANG AKU ANGGAP SENANG RUPANYA SUSAH. Belajar Excel? Lagilah. Aku rasa macam 'Wow yakinnya tulis dalam resume pandai excel tapi bila dalam kelas ni aku rasa nak buang ''SKILLS= Excel'' tu daripada resume aku. Hahaha. Tapi, kelas ni la yang paling buat aku improved my computer skills. LATIHAN LATIHAN LATIHAN Walaupun takut nak masuk kelas ni, tapi bila mindset positif, rasa Allah mesti tolong untuk bukakan hati dan otak aku ni bagi senang serap ilmu. Okay bye!

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN, UKM

Image
UKM Satu universiti yang gah yang aku tak pernah expect pun akan diterima masuk belajar kat sini. Sebab waktu sekolah dulu, rumah aku memang tak jauh dari UiTM Merbok, Kedah. Bila lalu depan UiTM, arwah Mak mesti cakap 'Kakak nanti masuk U belajar dekat sini nahhhhh'. Doa seorang mak pun termakbul. Aku diterima masuk belajar di UiTM Merbok untuk diploma dan juga ijazah sarjana. Untuk ijazah sarjana tu, aku berhenti selepas beberapa semester kerana hal yang tidak dapat dielakkan dan bukan di dalam kawalanku. I'm sorry, Mak. Anyway, hajat arwah Mak nak tengok aku sambung belajar ambik ijazah hampir tercapai. Semuanya hasil dorongan mak mertuaku hehe. Terima kasih Mak sebab 'push' Lydia untuk sambung ijazah :D Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) ni tempat berlakunya semua sesi pembelajaran, bilik pensyarah, nak solat, kafe semua la ada dekat sini.                                     ...

RAISING HANDS WITH FULL FAITH

Image
Assalamualaikum wbt. It is a long time but I've been busy with work and health so yes finally I am back. Kali ini aku nak cerita pasal satu program yang aku ikut dekat MAHSA COLLEGE, beberapa bulan yang lepas. Memang dah pasang niat nak ikut kelas Ustazah Ayeesha Syahira ni pun,tapi masa selalu tak kena. Tapi Allah dah lorongkan satu hari dan waktu yang tepat untuk aku ikut kelas ni Alhamdulillah! Dalam kelas tu, aku belajar pasal "Apa itu Doa?", "Waktu mustajab doa", "Things to take note while Making Doa", dan paling aku tunggu sekali "How to Construct your Doa?". Ustazah Ayeesha Syahira ialah penulis buku "Being a Quran Tag Girl". Beliau ada buat seminar dan "private class" untuk sesiapa yang nak belajar cara buat tag dekat Al-Quran! During the sharing session Sempat minta Ustazah Ayeesha sign buku hehe Semoga kita semua menjadi umat Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai best friend dal...

MAKAN-MAKAN KUALA KEDAH

Image
Hari kedua balik di Sungai Petani, adik-adik aku minta Abah bawa kami sekeluarga makan dekat Kuala Kedah. Kebetulan nak balik hantar Sheera ke Arau, alang-alang bolehlah singgah makan tengahari dekat situ. Memang salah satu tempat makan kegemaran kami semua :) sayangnya Muizz a.k.a Encik Suami tak ikut balik sebab sibuk dengan Deepavali dan MotoGp dekat Sepang. Macam biasalah, kalau buat perancangan nak bertolak pukul 8.30 pagi. Realitinya pukul 10 pagi baru bertolak kesana. Okay nak pergi makan dekat Kuala Kedah ni, tarikan utamanya adalah boleh pilih lauk-lauk segar dari laut, dan suruh restoran sebelah tu masak masakan yang kita nak! Tapi kalau dah bertolak lambat macam tu, pasar basah pun dah tutup.. Jadi Abah cadangkan kami ke kedai bertentangan dengan kedai yang kami selalu pergi, kedai ni dah siap masak tapi gulai ikan, ikan goreng kita boleh minta goreng panas-panas dekat situ jugak! Sedapnyaa MashaAllah. Pantai ni dekat vila tadi, yang buka pintu terus nampak laut. ...

HI!

Image
Hi, Assalamualaikum wbt! Lepas beberapa post baru nak tulis post pasal diri sendiri. Susah sebenarnya nak tulis pasal diri sendiri, sebab aku yang sekarang ialah seorang yang introvert, suka 'circle' kawan yang kecil :) Hehe. Aku yang dulu memang seorang yang bubbly, dan happy selalu. Bukan aku yang cakap okay, majoriti orang sekeliling yang cakap aku macam tu ;)  Nama penuh aku ialah Wan Nur Shalydia bt Zaini, boleh panggil 'Shalydia' atau 'Lydia'. Aku berumur 25 tahun, dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan Alhamdulillah sekarang menetap di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.  Aku telah berkahwin selama 2 tahun sejak September 2017, suamiku bernama Mohamad Muizzuddin Bin Mazmalek seorang chef di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, we are blessed with no kids for now and we both believe what Allah swt has in store for us! Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik, dan aku mempunyai seorang bapa keran...

BALIK KAMPUNG (Cottiny)

Image
Lepas cari masa yang sesuai untuk balik kampung, okay mula-mula macam ni. Awal bulan 10 memang rancang nak balik kampung jumpa abah dengan adik-adik. Sebab rasa macam lama sangat tak jumpa, kali terakhir balik masa kenduri sepupu aku iaitu kakchik Nurul. Itu pun masa bulan 8 yang lepas. Jadi memang patut sangatlah balik. Tetapi, hati ni degil taknak beli tiket ETS atau tiket balik naik 'flight'. Sebabnya rasa macam boleh balik secara percuma gitu (jimat itu perlu okay!) Bila dah mula kelas dekat UKM, naik pengangkutan awam pulak rasa macam " Banyak jugak keluar duit ni..hurm " Tapi hati tetap mengatakan boleh balik bulan ni! Memang doa dan serah bulat-bulat dekat Allah. Allah mestilah Maha Mendengar, He knows what is the best for me kan. Seminggu sebelum Deepavali, Ijlaal mesej tanya " Nak tumpang balik SP tak ?" Sebab dia nak pergi SP melawat makcik yang suaminya baru meninggal dunia. Alang-alang dah satu jalan, makcik Ijlaal pun kebetulan duduk sebelah t...

FIRST

Every first time is the hardest and someone close to me had once said "Always put your expectation to the lowest possible for every first time, so you will be grateful for a little things that happened". My first week at UKM was full of uncertainty (?) and that was because 1. It was first time going to UKM with public transport 2. I totally depends on komuter schedule (it was my first time to used a komuter!) so I totally gamble and has no expectations. I woke up at 4.30 a.m, and get ready by 6 a.m. Totally nervous because my journey felt so far away and I had full classes on that day which is from 9 a.m until 6.30 p.m. My plan was to catch a MRT at Mutiara Damansara station by 6.45 a.m, then arrived at MRT Muzium Negara station by least 7.10 a.m so I have some time to buy breakfast then rushed to catch a komuter from KL Sentral to UKM that expected to departed at 7.24 a.m and hopefully arrived at UKM station at 8.02 a.m. I f you think that was it.. wel...

MULA

Image
I created a new blog. Pretty good because I can keep the other one as my secret diary. Even though my last post was on February lol. But between Instagram and Twitter,I don't really know to fit blogging as well. Maybe I'm just busy and tired. Both physically and mentally... Anyway I got accepted to UKM! As if I don't have enough on my plate but maybe that's true :D I still remembered vividly when my mother in law (I call her Mak) said 'Lydia try apply sambung belajar degree PJJ dekat UKM'. Guys, I put 0 expectation (No lah maybe 40%) whether I will be accepted in the university. The reason I applied was because my MUET result is expiring this January 2020 and this will be the chance for me to try my luck in any uni.  So...  I got accepted.  The first day was HECTIC. Majority of us don't even has time to eat from 9 am until 6.30pm. My first meal was at 9.00 pm! The good thing is I can lose weight (roll eyes) I will continue in details abo...