BALIK KAMPUNG (Cottiny)
Lepas cari masa yang sesuai untuk balik kampung, okay mula-mula macam ni. Awal bulan 10 memang rancang nak balik kampung jumpa abah dengan adik-adik. Sebab rasa macam lama sangat tak jumpa, kali terakhir balik masa kenduri sepupu aku iaitu kakchik Nurul. Itu pun masa bulan 8 yang lepas. Jadi memang patut sangatlah balik. Tetapi, hati ni degil taknak beli tiket ETS atau tiket balik naik 'flight'. Sebabnya rasa macam boleh balik secara percuma gitu (jimat itu perlu okay!)
Bila dah mula kelas dekat UKM, naik pengangkutan awam pulak rasa macam "Banyak jugak keluar duit ni..hurm" Tapi hati tetap mengatakan boleh balik bulan ni! Memang doa dan serah bulat-bulat dekat Allah. Allah mestilah Maha Mendengar, He knows what is the best for me kan. Seminggu sebelum Deepavali, Ijlaal mesej tanya "Nak tumpang balik SP tak?" Sebab dia nak pergi SP melawat makcik yang suaminya baru meninggal dunia. Alang-alang dah satu jalan, makcik Ijlaal pun kebetulan duduk sebelah taman aku sahaja, apa lagi terus minta izin daripada Muizz and bersiap balik kampung 😂
Macam biasalah bila balik kampung macam-macam nak makan, Abah pun ikut apa anak dia nak terima kasih abah!
Ni gambar masa makan dekat Cottiny, tempat kesukaan aku untuk lepas mengidam nak makan makanan korea.
Bila dah mula kelas dekat UKM, naik pengangkutan awam pulak rasa macam "Banyak jugak keluar duit ni..hurm" Tapi hati tetap mengatakan boleh balik bulan ni! Memang doa dan serah bulat-bulat dekat Allah. Allah mestilah Maha Mendengar, He knows what is the best for me kan. Seminggu sebelum Deepavali, Ijlaal mesej tanya "Nak tumpang balik SP tak?" Sebab dia nak pergi SP melawat makcik yang suaminya baru meninggal dunia. Alang-alang dah satu jalan, makcik Ijlaal pun kebetulan duduk sebelah taman aku sahaja, apa lagi terus minta izin daripada Muizz and bersiap balik kampung 😂
Macam biasalah bila balik kampung macam-macam nak makan, Abah pun ikut apa anak dia nak terima kasih abah!
Ini cheese tteobokki, memang makanan jalanan dekat Korea. Sedap! Tambah keju sebab kimchi tu agak masam. Biasalah orang Malaysia, keropok lekor pun tambah keju inikan pula makanan korea 😂
Harga: RM18
4 ⭐⭐⭐⭐
Milktea patbingsu. Lebih kurang ABC dekat Malaysia la, cuma dekat Korea ais tu daripada yogurt. Ini pakai ais biasa sahaja.
Harga:RM12
3 ⭐⭐⭐
Kimchi bokkup ataupun nama senang Nasi Goreng Kimci! Haha. Pertama kali aku beli sebab selalunya makan cheese tteobokki tu pun dah kenyang dah. Tapi sebab aku belum makan sejak pagi, perut berbunyi nak nasi jugak. Sedap juga. Nampak sikit tapi kenyang okay! Kongsi 2 orang pun mengah nak habiskan. Mungkin sebab jenis nasi tu kot.
Harga:RM15
4⭐⭐⭐⭐
Kesimpulannya, lepas juga teringin aku nak makan makanan Korea. Dapat juga belanja adik perempuan sebelum dia balik ke Politeknik untuk peperiksaan akhir.
Jumpa lagi entri akan datang. Bye!
Comments
Post a Comment