HI!
Lepas beberapa post baru nak tulis post pasal diri sendiri. Susah sebenarnya nak tulis pasal diri sendiri, sebab aku yang sekarang ialah seorang yang introvert, suka 'circle' kawan yang kecil :) Hehe. Aku yang dulu memang seorang yang bubbly, dan happy selalu. Bukan aku yang cakap okay, majoriti orang sekeliling yang cakap aku macam tu ;)
Nama penuh aku ialah Wan Nur Shalydia bt Zaini, boleh panggil 'Shalydia' atau 'Lydia'. Aku berumur 25 tahun, dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan Alhamdulillah sekarang menetap di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Aku telah berkahwin selama 2 tahun sejak September 2017, suamiku bernama Mohamad Muizzuddin Bin Mazmalek seorang chef di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, we are blessed with no kids for now and we both believe what Allah swt has in store for us!
Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik, dan aku mempunyai seorang bapa kerana ibuku sudah meninggal dunia pada tahun 2014 sejak aku berusia 19 tahun.
Aku mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di SK Tunku Ismail dan SMK Tunku Ismail, Sungai Petani. Lepas habis SPM, aku mendapat peluang sambung diploma di UiTM Merbok dalam Diploma Pengajian Perniagaan. Dekat sinilah aku jumpa kawan-kawan baik aku, yang dari 2008 kenal sampai sekarang. Semua perangai baik buruk kami kongsi dan simpan sama-sama (Banyak juga benda nakal dan 'unexpected' yang kami buat contohnya letupkan makmal sains hehehehe :D
Inilah geng aku, siap ada nama geng lagi tapi malulah nak bagitau hehe. Dah 11 tahun kami kawan, Alhamdulillah!
Okay sekian untuk entri kalini. Macam aku cakap, aku yang baru seorang yang gemar kongsikan kehidupan personal aku hehe, nombor telefon aku pun kurang 20 orang yang tahu.
Bye, Assalamualaikum!
Comments
Post a Comment